Learn

Games

News

Know you Air Conditioner

d Presented in Malay b

written by zoolf

 

Penyaman Udara

 

Intro

 

Okay, kat sini aku nak ceritakan kat korang tentang Penyaman Udara (p/u) atau english dia orang kata Air Conditioner. Mula sekali aku nak ceritakan tujuan utama p/u ini di reka. P/u direka untuk memberi keselesaan kepada kita. Macam mana? P/u telah direka dengan mengawal kelembapan persekitaran kita. Pasal apa kelembapan? Sebab untuk medapat keselesaan kepada kita, kita perlukan tahap kelembapan yang sesuai untuk badan kita membuang haba dan mengawal peneluaran haba tersebut. Yea la, kalau kita terlalu panas, nanti badan kita mengeluarkan haba yang banyak dan untuk itu badan kita akan berpeluh. Betul tak? Jadi bila dah badan berpeluh, melekit la, berminyak la dan macam-macam lagi. Sebab itu alat ini dinamakan Penyaman Udara, bukan Penyejuk Udara. Paham?

 

Memang tujuan asal sistem p/u ini diambil dari sistem penyejuk bekuan (refrigeration). Tapi kalau korang perhatikan betul-betul, peti sejuk korang ada tak keluarkan air banyak macam penyama udara? Tak kan? Kalau ada air keluar pun itu mungkin air yang keluar dari “freezer” dalam peti sejuk korang bila korang cairkan “freezer” korang atau ada paip bocor dekat dengan peti sejuk korang. Jadi sebab itulah terdapat sistem perairan (paip la) untuk p/u. Air tu semua datang dari tempat sekeliling yang mempunyai kelembapan. Habis kenapa dia sejuk? Sejuk tu untuk cukup syarat je, cuba kita tengok kalau kita tidur pakai kipas pun kenapa kita rasa nyenyak? Sebab kelembapan ketika korang tidur tu berada pada tahap selesa. Kalau korang nak tau, terdapat juga alat yang dia panggil “humidifier” atau alat yang mengawal kelembapan.

 

Cerita banyak sangat pasal kelembapnan, tahap mana yang sesuai? Kelembapan yang dikira adalah mengikut peratusan. Unit dia adalah “Relative Humidity” atau RH dan peratusannya adalah dalam lingkungan ±50%. Macam mana nak kira? Ada la, tapi asasnya adalah suhu basah (wetbulb) dan suhu kering (drybulb).

Sistem

 

Sistem yang digunakan untuk penyaman udara adalah sama dengan semua jenis penyaman udaran dan penyejuk bekuan. Mungin korang terasa kenapa aku bezakan antara penyaman udara dan peti sejuk bukan? Yea la, ini adalah sebab penyaman udara dan peti sejuk mempunyai sistem sama tetapi lain konsep. Bagaimana sistem tersebut? Okey, la ni aku nak habaq. Sistem dia mempuyai 4 komponent asas. Kalau lebih tu, mungkin teknologi dah membangun dan banyak komponen ditambah untuk menjadikan sistem ini lebih cekap (precise). Pemampat (compressor), tiub rerambut (capillary tube) dan 2 pemindah haba (evaporator dan condenser) adalah asas kepada sistem ini.

 

Bahan utama sistem ini adalah gas (refrigerant) yang digunakan. Yea, seperti biasa kebanyakkan kita tau yang p/u ini menggunkan gas. AKAN tetapi, gas tersebut cuma akan bergerak atau berada di dalam sistem tersebut sahaja. Gas sistem tak akan keluar dalam mana-mana konsep penyaman udara dan penyejuk bekuan. Kalau gas habis maksudnya ada kebocoran lah kat mana-mana tu. Kalau nak diikutkan, kuantiti gas sistem tidak akan berubah dalam apa-apa keadaan sekalipun baik hujan lebat atau panas terik ataupun masa awek korang tengah marah. Gas yang digunakan bukan gas biasa, gas ini dapat berada di bawah tahap beku. Apa salahnya dengan tahap beku? Ini adalah kerana dalam sistem ini suhu paling rendah dia boleh turun adalah 5ºC atau mungkin lebih (memang ada yang lebih macam -20ºC, tapi tu untuk peti sejuk). Jadi bila gas ini tidak beku pada tahap beku, sistem ini dapat berfungsi dengan berjayanya tanpa sebarang masalah kerosakkan pada mana-mana komponent. Banyangkan je la bila dah beku, pemampat nak mampat apa (compressor nak compress apa)? Dan mungkin tersumbat atau apa sahaja.

 

Okay, dah bagitau pasal komponen, skrang macam mana sistem ni berfungsi. Mula-mula sistem ni ada 2 bahagian, satu bahagian penyerap haba (absorb heat) dan satu lagi penyah haba (release heat), sistem ni sama je kat mana-mana negara baik negara 4 musim atau negara khatulistiwa. Bagi negara-negara khatulistiwa macam kita ni, penyerap haba akan berada di dalam ruang kita berada macam bilik, dewan, bilik air, bilik mandi atau restoran, manakala penyah haba akan berada di luar, sama ada bangunan, rumah, pondok atau gerai. Sistem ini tidak akan berubah, kerana bagi negara 4 musim pulak komponent ini akan berubah mengikut musim. Kebiasaannya negara 4 musim cuma menggunakan p/u selama sebulan (betul tak?), masa lain dia orang jadikan pemanas atau “humidifier”(betul kan?). Senang kata penyerap haba dan penyah haba ini dipanggil heat transfer (dalam bahasa melayu... pemindah haba).

 

Jadi apa yang berlaku pada p/u adalah alat ini akan mengeluarkan haba yang berada dalam ruang bilik atau apa-apa je la, dan buangkan haba tersebut keluar dari ruang bilik tersebut dan juga kelembapan air. Apa yang berlaku adalah p/u akan serap haba bukan memberi udara sejuk. Udara sejuk yang datang dari p/u tersebut bukan hasil tercipta dari sistem ini, tetapi udara sejuk tersebut adalah hasil penyerapan haba yang telah dilalui pada alat p/u. Ingin saya ceritakan yang keadaan “sejuk” tidak wujud dalam mana-mana keadaan. Ini kerana walau rendah mana pun suhu tersebut, haba masih tetap berada. Paham? Okey bagus.

 

Komponen

 

Seperti yang telah saya katakan tadi, sistem p/u mempunyai 2 bahagian. Jadi bagi sebuah penyaman udara yang lengkap, alat tersebut mesti mempunyai unit dalaman (indoor) dan unit luaran (outdoor). Bagi unit dalaman untuk negara-negara khatulistiwa, unit akan mempunyai penyerap haba (evaporator), kipas atau blower, kotak kawalan dan suis. Manakala bagi unit luaran pula akan terdapat pemampat, tiub rerambut (juga boleh berada di unit dalaman), penyah haba (condensor), komponent elektrik dan kipas. Baiklah, sekarang saya akan ceritakan tentang 4 kompon utama:

  1. Pemampat

  2. Tiub Rerambut

  3. Evaporator

  4. Condensor

Susunan bagi keempat-empat komponen ini adalah,

Pemampat

(ke)

Condensor

(ke)

Tuib Rerambut

(ke)

Evaporator

(kembali ke pemampat)

 

Pemampat ni adalah komponen untuk menaikkan tekanan gas (refrigerant) tersebut dan pada masa yang sama untuk menaikkan suhu pada refrigerant tersebut. Tujuan menaikkan suhu adalah untuk membuang haba pada refrigerant. Haba yang terdapat pada refrigerant cuma akan dapat dibuang apabila suhu pada refrigerant berada lebih daripada suhu sekeliling.

 

Tuib rerambut (capillary tube) adalah alat untuk mengubah kembali keadaan refrigerant daripada bertekanan tinggi ke tekanan rendah.

 

Evaporator adalah komponen untuk menyerap haba. Ketika ini refrigerant akan berubah dari keadaan cecair ke gas.


 

Condensor adalah komponen untuk membuang atau penyah haba. Ketika ini regfrigerant akan beruba dari keadaan gas ke cecair.

Untuk pengetahuan korang semua, alat p/u ini juga dapat digunakan bagi menghilangkan bauan hapak dan bau tak selesa. Selain daripada kelembapan yang menjadikan kita selesa, terdapat juga faktor-faktor lain yang juga berkaitan dengan keselesaan kita dengan menggunakan p/u seperti pengimbangan ion (ionizer), penstabilan oksigen, penstabilan udara dan lain-lain. Jadi sampai sini sahajalah yang dapat saya ceritakan tentang penyaman udara. Nantikan artikel seterusnya yang mana saya akan menceritakan jenis-jenis penyaman udara yang terdapat dipasaran dan banyak lagi.