Learn

Games

News

10 Types of Air Conditioner

d Presented in Malay b

written by zoolf

 

Di sini adalah jenis-jenis penyaman udara mengikut posisi kurang baik ke terbaik. Kesemua unit di bawah ini menggunakan unit luaran yang sama kecuali yang diletakkan (yea kebanyakkan 10 unit yang terbaik menggunakan “split unit” atau unit berasingan). Terdapat banyak sebab setiap unit diletakkan di tangga masing-masing. Unit telah dinilai mengikut rupabentuk, pemasangan, penggunaan, harga, penjagaan dan konsep.

 

Tangga ke-10

Unit ini adalah unit paling tak lawa sekali dalam ke semua unit dalam susunan ini. Bukan sahaja tak lawa, malah bising. Siapa nak pakai unit yang bising, besar dan banyak menggunakan ruang? Akan tetapi, unit ini pun ada kelebihan dia. Kuasa angin yang dapat memberi udara sejuk adalah amat membanggakan. Unit ni dapat membekalkan udara yang telah diserap haba ke ruang yang agak luas dan unit ini juga mudah diletakkan di mana sahaja. Ada unit yang sama kuasa dengan unit ini terpaksa diletakkan di bahagian atas seperti ceiling. Bagi unit ini, pengguna cuma perlu letakkan di atas lantai. Senang untuk dipasang dan dibaiki.

 

Tangga ke-9

Kuasa yang diberikan oleh unit ini adalah sama seperti unit di tangga ke-10 tadi, cuma unit ini perlu diletakkan di bahagian atas. Yea, kat situ saje dah ada masalah. Tapi walaupun unit ini terpaksa diletakkan dia pada bahagian atas, unit ini tidak mengganggu atau memerlukan ruang untuk meletakkanya di atas lantai. Selain itu, unit ini menggunakan “ducting” (saluran) yang mana udara dapat dibekalkan ke semua kawasan dengan sama kuantiti. Jadi kita tak akan ada masalah siapa yang duduk jauh tak dapat rasa “air cond”. Apa yang menyebabkan unit ini berada di tangga ke-9 adalah unit ini punya la besar. Situ dia punya “spoiler” sebab banyangkanlah kita kena letak “dia” kat atas (sebab tu nama dia roof top).

 

Tangga ke-8

Unit yang ni adalah jenis 2 dalam satu. Ya tuan-tuan dan puan-puan, unit ini dapat berfungsi sebagai penyaman udara anda dan! Unit ini juga dapat berfungsi sebagai pemanas air! Wow! 2 dalam satu, tapi masalahnya bila kita tak pakai p/u sehari, macam mana nak dapat air panas? Lepas tu kalau kita cuma pakai p/u tetapi tak pakai pemanas air, habis air dah panas, “copper tubing” (atau condensor) nak disejukkan pakai apa? Ya, mungkin untuk itu mereka masih lagi meletakkan 50% dari jumlah condensor di tempat asal condensor, iaitu di unit “outdoor”. Cuma masalah yang akan dihadapi adalah adakah jumlah 50% tu mencukupi bagi membuang haba? Jadi di sini kita dapat lihat masalah yang dihadapi. Walaupun begitu, konsep 2 dalam satu ini bagus kerana dapat menjimatkan wang dan tidak membazirkan haba yang dilepaskan.

 

Tangga ke-7

Sistem ini ikut konsep “chiller” (ya la pasal tu nama dia “mini chiller”) sebab dia menggunakan air sebagai bahan pemindah haba selain refrigerant. 2 bahan digunakan, refrigerant dan air. Refrigerant digunakan untuk membuang haba di unit luaran manakala air digunakan untuk membawa haba yang telah diserap atau dibuang ke unit dalaman. Apa yang beza dengan unit “chiller” adalah unit ini lebih kecil daripada “chiller” (dah nama “mini chiller”). Unit “chiller” adalah untuk menampung jumlah ruang sebuah bangunan atau mungkin lebih dengan menggunakan AHU (Air Handling Unit) sebagai unit dalaman, manakala unit ini adalah seperti konsep VRV (Variable Refrigerant Volume) yang mana satu set unit luaran dapat mengawal lebih daripada satu unit dalaman secara berasingan. Di sini kita dapat lihat penjimatan, cuma masalah dengan unit ni adalah unit ini memerlukan pengepam air dan pemampat yang mana kedua-dua komponen ini memakan wang ringgit yang banyak.

 

Tangga ke-6

Bagi unit ini pula, konsep yang digunakan adalah sama seperti AHU (Air Handing Unit) cuma unit ini tidak menggunakan air sebagai perantaraan unit luaran dengan unit dalaman. Unit ini mengunakan refrigerant terus dari unit luaran ke unit dalaman (unit ni la). Udara yang dibawa akan menggunakan saluran (ducting) ke ruang-ruang dan banyak ruang dapat dibekalkan kerana kuasa yang diberikan pada unit amat membanggakan (sebab tu nama dia High Static Blower). Terdapat masalah kecil bagi unit ini kerana kita terpaksa menyediakan ruang untuk meletakkan unit ini. Akan tetapi unit ini bebas diletakkan di atas atau di bawah.

 

Tangga ke-5

Unit ini tidak sesuai dipasang kerana rupabentuk unit ini tidak menarik mata memandang (sebab dia tergantung keluar). Udara yang disampaikan tidak dapat diberikan secara terus kerana ruang dibawah unit ini akan menjadi ruang yang terakhir menerima udara sejuk. Walaupun begitu unit ini sesuai dipasang di tempat-tempat yang mempunyai ruang besar tetapi rendah.

 

Tangga ke-4

Tangga ke-4 dimiliki oleh unit ini. Apa yang dapat kita lihat di sini adalah unit ini paling kurang memerlukan ruang. Jadi bagi ruang yang kecil seperti bilik tidur atau pejabat, unit ini dapat dipasang pada mana-mana dinding (dah tentu bilik kena ada dinding). Selain dari tu, unit ini juga mempunyai rupa bentuk yang menarik dan sedap mata memandang. Cuma masalah yang utama ialah saluran “copper tubing” dengan paip air terpaksa menembusi dinding. Jadi kita terpaksa menebuk dinding, dan bagi yang mementingkan kecantikan pada dinding ada yang menanam “copper tubing” dan paip air di dalam dinding. Dan masalah di situ adalah bila paip dan “copper tubing” bocor atau kemek yang mana perlu dipecahkan kembali dinding tersebut.

 

Tangga ke-3

Untuk unit ini pula, ia adalah sesuai bagi apa-apa keadaan sekalipun. Ini kerana unit ini tidak memerlukan ruang luaran lansung. Apa yang boleh kita tengok 90% daripada badan unit ini terletak di dalam ceiling. Selain daripada tu, corong udara keluar adalah 4 penjuru, jadi kesemua ruang akan menerima udara. Cuma masalah yang akan dihadapi adalah cara air keluar adalah dengan menggunakan pam air kecil. Jadi bila pam air rosak, masalah yang akan terjadi adalah air akan menitis. Tetapi masalah ini cuma akan berlaku apabila sensor pada paras air rosak, jika tidak, unit luaran tidak akan berfungsi sehingga paras air berada pada tahap yang sesuai.

 

Tangga ke-2

Kecantikan bagi sebuah bilik adalah paling penting, jadi unit ini adalah yang paling sesuai untuk dipasang. Kerana kesemua unit ini terletak di atas ceiling. Tiada masalah untuk menyediakan ruang dalam bilik atau menebuk dinding. Udara yang dibawa menggunakan saluran, jadi kita boleh memilih di mana kita mahu meletakkan diffuser (lorong keluar udara) dan untuk ini kita dapat mengelak daripada masalah ruang yang tidak menerima udara. Selain itu, terdapat dulang di bawah unit ini yang akan membawa keluar air tanpa menggunakan pam air. Ini kerana air akan turun dengan tarikan graviti dan jika dulang pertama tersumbat atau penuh, terdapat dulang kedua untuk mengelakkan air dari menitis.

 

Tangga Pertama

Dan ini adalah unit yang menang di tangga pertama! Unit ini tidak memerlukan “piping”, saluran paip air dan amat mudah untuk dijaga. Konsep “piping” secara terus dalam unit adalah amat membanggakan. Unit ini tidak memerlukan dua kawasan unit untuk meletakkan unit dalaman dan unit luaran kerana unit ini mempunyai kedua-dua bahagian. Unit ini sama seperti unit di tangga ke-9 cuma unit ini lebih kecil dah mudah dipasang. Masalah yang akan dihadapi adalah unit ini tidak dapat menyediakan ruang yang besar dan unit ini memerlukan dinding yang di sebelah satu lagi ialah bahagian luar bangunan.

 

Sekian sahaja 10 jenis-jenis penyaman udara yang terbaik. Sebenarnya terdapat lebih dari 10 unit penyaman udara seperti unit “chiller”, unit GDC (Gas Distribution Centre) dan unit VRV (Variable Refrigerant Volume), yang masing-masing mempunyai sistem teknologi terkini.